Monday, September 27, 2010

KEMBALINYA SEORANG GURUKU.

Sewaktu aku masih di zaman persekolahan lagi aku pernah berguru dengan seorang ust. yang bernama ustz. ramli .Setelah aku pulang berhari raya di kampung ku aku di kabarkan oleh abang ku bahawa ustz Ramli guru yg pernah aku menuntut dahulu telah kembali ke rahmatulallah AL. FATIHAH.untuknya .Dari cerita abang ku pemergian ustz. Ramli betul -betul menakjubkan ia kembali ke rahmatullah sebelum waktu subuh dalam bulan ramaddon iaitu bulan yang mulia di antara bulan -bulan yang lain dalam setahun,di mana bulan yang di turunkan AL-QURAN dari cerita yang ku dengar dari abgku ialah sebelum masuk waktu subuh iaitu dalam waktu sahur ia bangun awal untuk bertahajud kepada yang maha esa, maha agung ,raja segala raja ,kerajaan segala kerajaan tiada ucapan lagi yang dapat ku nukilkan betapa hebatnya allah subhanahu waatalla .Sewaktu ia munajad kepada ilahi ia bertahlil dengan suara yang nyaring sehingga di tegur oleh isterinya yang tercinta mengapa begitu kuat sekali suara sang suami yang tercinta tetapi di jawab oleh nya ramai orang berada di dalam rumahnya ,setelah selesai bertahlil lalu ia memangil isteri dan anak2 nya dan ia berlaku  beberapa perkara yang menakjubkan ia ia pangil sang isteri lalu berkata ia halal makan dan minum sepanjang berada bersamanya ,ia ampun dosa2 ister dan anak2 nya sepanjang hidup bersamanya ,ia mungucup isterinya menandakan betapa kasihnya dan disamping itu memberitahu bahawa perjalanan rohnya dari setiap peringkat keperingkat sehinggalah ke halkimnya ,sebelum ini ia juga telah menyelesaikan segala tugasnya di masjid semanggol dan masih sempat berpesan pada anak2 muridnya bahawa ia akan pergi untuk selama -lamanya .ini adalah tanda orang -orang yng alim dan di berkati oleh allah semoga rohnya di cucuri rahmat.Inilah cerita sekilas pandang guruku ,banyak lagi cerita2 lain yang ku tidak dapat paparkan hanya sekadar ini sahaja .AL- FATIHAH UNTUK GURUKU DAN RAKAN 2 YANG  MEMBACA HADIAHKAN AL FATIHAH SEMOGA KITA DAPAT TEMPIAS KEBERKATANYA.   

No comments:

Post a Comment